Nadi - Esukan : Mobile Legend Bang – Bang Season 3 Tournament State (Group Stage)

2 November 2025 | Aktiviti Terkini

1 November 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, Pertandingan Mobile Legend Bang-Bang Season 3 (State Group Stage) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Pasukan NADI FELDA Pasoh 3 menyertai kejohanan ini dengan 6 orang peserta yang terlibat secara aktif.

Sepanjang pertandingan, sebanyak 7 pusingan (round) telah dijalankan. Walaupun pasukan NADI FELDA Pasoh 3 tewas dalam peringkat kumpulan, penyertaan ini memberi peluang kepada peserta untuk menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran strategi pasukan, serta memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan pemain muda komuniti digital.

Inisiatif dapat memperkasakan bidang eSukan dan literasi digital di peringkat komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali